BBM3410/18 Kuliah Kedua Kakak Syantikk (Asas Grafik)



-19 September 2018-

Assalamuaikum dan bersua kembali bersama Kakak Syantikk untuk perkembangan aktiviti pembelajaran bagi subjek Multimedia Dalam Bahasa.

Kuliah kali ini, aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain telah didedahkan dengan kuliah Asas Grafik oleh Prof. 

Beliau telah memberi pendedahan tentang ciri-ciri Asas Grafik. Antara ciri Asas Grafik ialah mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks. Pendedahan yang diberi tentang ilmu Asas Grafik ini telah membuka ruang pemikiran dan minda kami untuk membolehkan kami membuat pengelasan terhadap gambar-gambar yang dilihat mengikut ciri-ciri Asas Grafik yang dipelajari.

Selain itu, kami juga telah diberi tugasan berkumpulan berkaitan Asas Grafik ini. Kami telah diberi tugasan untuk membuat pengelasan gambar mengikut ciri-ciri Asas Grafik daripada majalah terpakai. 

Setiap gambar yang dipilih mestilah menepati ciri-ciri Asas Grafik dan  ditampal pada mounting board. Kerjasama antara ahli kumpulan amat diperlukan semasa menyiapkan tugasan ini. Kami juga diminta untuk menyediakan beberapa keping gambar sebagai bukti pelaksanaan tugasan tersebut. 

Sekian sahaja nukilan daripada aku untuk kuliah minggu kedua ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ahli kumpulan NAFI STUDIO kerana telah berjaya menyiapkan tugasan Asas Grafik ini dengan sebaiknya. 

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019