Posts

Showing posts from October, 2018

BBM3410/18: Kek Pisang Resipi Bonda

Image
Assalamualaikum dan bertemu kembali pada entri kali ini. #Gambar sekadar hiasan semata-mata dan ihsan daripada Google Haaaa.. Pada entri kali ini, Kakak Syantikk ingin berkongsi resipi Kek Pisang air tangan Bonda tersayang. Kek pisang merupakan kek kegemaran Kakak Syantikk tau. Kek pisang dan air kopi merupakan gandingan yang terbaik. Sesuai untuk minum petang bersama-sama keluarga tercinta. Haaaa.. gitu! Okay...  Jangan buang masa lagi. Kakak Syantikk nak kongsi resipi Kek Pisang ini. Antara bahan yang diperlukan ialah: 1 cawan pisang kapas 2 cawan gandum 1 sudu baking powder 1 setengah cawan gula 5 biji telur 1 penutup kecil perasa vanilla 1 cawan minyak 1 sudu kecil ovalete (sekiranya ada) Cara-cara: 1. Pukul telur, gula, ovalete dan esen vanila sehingga kembang dengan menggunkan speed pukulan laju. 2. Ayak tepung gandum dan baking powder tersebut. 3. Kemudian, masukkan campuran gandum dan baking powder tersebut ke dalam mixer tersebut. 4. Kemudian, masuk

BBM3410/18: Alkisah Cerita Instagram Kakak Syantikk

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersua kita kembali pada entri kali ini. Pada hari ini, Kakak Syantikk nak jadi penglipur lara sekejap. Penglipur lara berkenaan dengan  cerita Instagram Kakak Syantikk. Sebenarnya, Kakak Syantikk ni tidak aktif di laman Instagram. Intagram ni Kakak Syantikk guna untuk stalk-stalk orang je. Nak memuat naik gambar dekat intagram pon, fikir 15 kali. Niat nak memuat naik gambar tu ada, tapi kadang-kadang niat tu terpaksa dibatalkan begitu sahaja.Nak fikir kapsyen pon Kakak Syantikk ambil masa yang lama. Jadinya, Kakak Syantikk terus batalkan niat untuk memuat naik gambar. Selama lebih kurang 4 tahun Kakak Syantikk ada akaun Instagram ni, boleh kira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang Kakak Syantikk upload dekat Instagram. Namun begitu, Instagram Kakak Syantikk pada sem ini sangat meriah. Meriah sebab apa??? Haaaa.... Bukan kehendak Kakak Syantikk pon sebenarnya, Tapi disebabkan oleh tuntutan tugasan bagi subjek Multimedia Dalam

BBM3410/18: Kuliah Fotografi lagiiiiii !!

Image
Assalamualaikum dan bertemu kita kembali dalam entri Kakak Syantikk kali ini... Haaaaaaa... Kuliah minggu ini kami belajar fotografi lagi. Kakak Syantikk sebenarnya tak berapa minat fotografi-fotografi ni. Bukan apa, Kakak Syantikk ni tak berapa nak reti sangat bab-bab tangkap gambar ni. Tapi apakan daya, tugasan berkumpulan ini mesti juga disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Terpaksalah Kakak Syantikk acah-acah perform sikit jadi tukang ambik gambar belakang di tabir.  Hahahaaa... Saja laa nak cakap kan, yang paling perform bab-bab tangkap gambar ni, kita bagi jee dekat Liitle Cookies dan Cik asma Athirah. Tidak dainafikan, rakan-rakan Kakak Syantikk ni memang berbakat laa dalam bab-bab fotografi ni. Panjang lebar bercerita, ayuhlah kita sama-sama mengikuti perkembangan kuliah Fotografi yang terakhir ini. Pada hari Isnin lalu, Kakak Syantikk dan rakan-rakan sekuliah yang lain telah diberi tunjuk ajar berkaitan dengan Fotografi. Kuliah fotografi kali ini berbeza

BBM3410/18:Model-Model Teragung (Kuliah Fotografi)

Image
Assalamualaikum dan selamat bersua kembali pada entri kali ini. Semoga pengikut-pengikut setia blog Kakak Syantikk sihat sejahtera sentiasa. Haaaaa... pada entri kali ini, Kakak Syantikk ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman Kakak Syantikk dan rakan-rakan menjadi model tak berbayar  bagi kuliah Fotografi ini. Rupa-rupanya tidak senang untuk menjadi model ini. Perasaan malu kena ikat letak tepi kejap bagi menjayakan shot-shot seperti yang diarahkan oleh Prof. Antara shot-shot yang diambil ialah, mug shot, medium shot, long shot, bird's eye view, potrrait dan over the shoulder. Kesemua shot ini memerlukan keupayaan kami untuk menjadi model dan photographer. Haaaaa.... seronok kaan?? Bila lagi nak tengok Kakak Syantikkk jadi model percuma kan? Hahahaha.. Sesiapa yang berminat untuk melihat Kakak Syantik bersama-sama rakan-rakan yang lain menjadi model, silalah bertapak di Instagram Kakak Syantikk kerana semua muka model-model teragung terpampang di situ. Kalau dah melaw

BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional FBMK, UPM

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada entri kali ini, Kakak Syantik ingin berkongsi pengalaman mengikuti program anjuran Muzium Warisan Melayu, FBMK. Program ini telah pada hari Selasa bersaamaan dengan 25 September 2018 di dataran Muzium Warisan Melayu. Apa yang menarik sepanjang program ini? Haaaaa.. semestinya laa ada makanan kan! Nama pun Pesta Makanan kan.. Semua makanan adalah kegemaran Kakak Syantikk... Disebabkan itulah, Kakak Syantikk bukan sahaja syantikk malah termasuk dalam pakej gebu! haaahahhaha.... Tapi bukan calang-calang makanan yang ada tau! Semua makanan yang ada dijual di sini merupakan makanan tradisional tempatan dari pelbagai negeri, seperti negeri Kelantan dan Johor. Jangan terkejut.... Noraz Laksa antara produk makanan yang laku keras yang dijual. Kakak Syantikk menjengah ke gerai Noraz Laksa dengan hajat untuk rasa air tangan Prof. Madya Dr. Norazlina binti Hj. Mohd Kiram. Namun begitu, hajat terpaksa dilupakan kerana Noraz Laksa telah

BBM3410/18: Cerita Sedih Kakak Syantikk

Image
-1 Oktober 2018- Assalamualaikum dan selamat sejahtera pengikut-pengikut setia blog Kakak syantikk sekalian... Bertemu lagi kita pada coretan kali ini. Coretan kali agak menyedihkan. Sudilah kalian membaca celoteh Kakak Syantikk ini.  Pada hari Isnin lepas, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan individu bagi menggantikan kelas yang batal. Kuliah ini dibatalkan disebabkan oleh Prof ditugaskan untuk pergi ke Singapura sebagai salah seorang juri bagi program bahasa di salah sebuah institusi di sana. Bagi menggantikan kuliah tersebut, Prof telah mengeluarkan arahan untuk mengikuti pembelajaran secara interaktif di atas talian. Kami telah ditugaskan untuk memberi  persepsi dan pandangan terhadap jenis-jenis media sosial atau media teknologi yang terdapat dalam buku BOOM with Social Media.  Selain itu, dalam tugasan itu juga kami diberi arahan untuk memilih salah satu media sosial atau media teknologi yang sering digunakan untuk membantu pembelajaran kami di univers