Posts

Showing posts from September, 2018

BBM3410/18 Kuliah Kedua Kakak Syantikk (Asas Grafik)

Image
-19 September 2018- Assalamuaikum dan bersua kembali bersama Kakak Syantikk untuk perkembangan aktiviti pembelajaran bagi subjek Multimedia Dalam Bahasa. Kuliah kali ini, aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain telah didedahkan dengan kuliah Asas Grafik oleh Prof.  Beliau telah memberi pendedahan tentang ciri-ciri Asas Grafik. Antara ciri Asas Grafik ialah  mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks. Pendedahan yang diberi tentang ilmu Asas Grafik ini telah membuka ruang pemikiran dan minda kami untuk membolehkan kami membuat pengelasan terhadap gambar-gambar yang dilihat mengikut ciri-ciri Asas Grafik yang dipelajari. Selain itu, kami juga telah diberi tugasan berkumpulan berkaitan Asas Grafik ini. Kami telah diberi tugasan untuk membuat pengelasan gambar mengikut ciri-ciri Asas Grafik daripada majalah terpakai.  Setiap gambar yang dipilih mestilah menepati ciri-ciri Asas Grafik dan  ditampal pada mounting board. Kerjasama antara ahli kumpulan amat diperlukan se

BBM3410/18 Kuliah Pertama Kakak Syantikk

Image
-12 September 2018- Assalamualaikum dan jumpa lagi. Semoga anda semua sihat sejahtera dan berada dalam lindungan Allah S.W.T. Kuliah minggu pertama berjalan lancar. Subjek Multimedia Dalam Bahasa merupakan salah satu subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar Bahasa Dan Linguistik Melayu. Subjek ini diajar oleh Profesor Dr. Normaliza bt Abd Rahim.  Pada minggu pertama kuliah dijalankan, Prof telah memberi pendedahan kepada kami berkaitan dengan kerangka kursus bagi subjek ini. Selain itu, Prof juga memaklumkan mengenai etika pemakaian semasa hadir ke kuliahnya.  Pelajar lelaki diwajibkan untuk berkasut, manakala pelajar perempuan memakai pakaian yang bersesuaian. Tambahan pula, Prof juga memberi penekanan terhadap kata sapaan untuk diri beliau, iaitu dengan panggilan Prof.   Kami juga telah diagihkan kepada lapan kumpulan kecil bagi memudahkan aktiviti dan tugasan dalam subjek ini.  Setiap kumpulan kecil juga diamanatkan untuk membawa barang-barang keperluan untuk

BBM3410/18: Pengenalan diri Kakak Syantikk

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi..  Pada hari ini, Kakak Syantikkk ingin memperkenalkan serba sedikit biodata diri. Nama sebenar Kakak Syantikk ialah Ain Al-Mardhiah binti Husain dan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu negeri Kelantan Darul Naim. Aku merupakan anak bongsu daripada 13 orang beradik. Aku dilahirkan pada 13 September 1995 dan telah menjangkau usia 23 pada tahun ini  Aku merupakan salah seorang penuntut tahun akhir di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Sebelum bergelar pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa di UPM, aku telah mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di salah sebuah sekolah yang terletak di Kuala Selangor. Sekian sahaja pengenalan diri daripada Kakak Syantikk. Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan blog aku dari semasa ke semasa kerana aku di medan ini aku akan berkongsi pengalaman sepanjang mengikuti kelas bagi subjek Multimedia Dalam Bahasa sepanjang semester ini.