BBM3410/18 Kuliah Pertama Kakak Syantikk

-12 September 2018-

Assalamualaikum dan jumpa lagi. Semoga anda semua sihat sejahtera dan berada dalam lindungan Allah S.W.T.

Kuliah minggu pertama berjalan lancar. Subjek Multimedia Dalam Bahasa merupakan salah satu subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar Bahasa Dan Linguistik Melayu. Subjek ini diajar oleh Profesor Dr. Normaliza bt Abd Rahim. 

Pada minggu pertama kuliah dijalankan, Prof telah memberi pendedahan kepada kami berkaitan dengan kerangka kursus bagi subjek ini.

Selain itu, Prof juga memaklumkan mengenai etika pemakaian semasa hadir ke kuliahnya. 

Pelajar lelaki diwajibkan untuk berkasut, manakala pelajar perempuan memakai pakaian yang bersesuaian.

Tambahan pula, Prof juga memberi penekanan terhadap kata sapaan untuk diri beliau, iaitu dengan panggilan Prof.  

Kami juga telah diagihkan kepada lapan kumpulan kecil bagi memudahkan aktiviti dan tugasan dalam subjek ini. 

Setiap kumpulan kecil juga diamanatkan untuk membawa barang-barang keperluan untuk mempelajari Asas Grafik pada kuliah yang seterusnya.

Antara barang keperluan yang perlu dibawa ialah enam keping mounting board yang berwarna hitam, gunting, gam uhu, pisau, riben, gunting dan majalah terpakai.

Sekian sahaja perkembangan kuliah Multimedia dalam Bahasa untuk minggu pertama. 

Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan kuliah Kakak Syantikk dari semasa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019