BBM3410/18: Pengenalan diri Kakak Syantikk




Assalamualaikum dan selamat pagi.. 

Pada hari ini, Kakak Syantikkk ingin memperkenalkan serba sedikit biodata diri.

Nama sebenar Kakak Syantikk ialah Ain Al-Mardhiah binti Husain dan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu negeri Kelantan Darul Naim. Aku merupakan anak bongsu daripada 13 orang beradik. Aku dilahirkan pada 13 September 1995 dan telah menjangkau usia 23 pada tahun ini 

Aku merupakan salah seorang penuntut tahun akhir di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Sebelum bergelar pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa di UPM, aku telah mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di salah sebuah sekolah yang terletak di Kuala Selangor.

Sekian sahaja pengenalan diri daripada Kakak Syantikk. Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan blog aku dari semasa ke semasa kerana aku di medan ini aku akan berkongsi pengalaman sepanjang mengikuti kelas bagi subjek Multimedia Dalam Bahasa sepanjang semester ini.  

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019