BBM3410/18: Alkisah Cerita Instagram Kakak Syantikk
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersua kita kembali pada entri kali ini.
Pada hari ini, Kakak Syantikk nak jadi penglipur lara sekejap. Penglipur lara berkenaan dengan cerita Instagram Kakak Syantikk.
Sebenarnya, Kakak Syantikk ni tidak aktif di laman Instagram. Intagram ni Kakak Syantikk guna untuk stalk-stalk orang je. Nak memuat naik gambar dekat intagram pon, fikir 15 kali. Niat nak memuat naik gambar tu ada, tapi kadang-kadang niat tu terpaksa dibatalkan begitu sahaja.Nak fikir kapsyen pon Kakak Syantikk ambil masa yang lama. Jadinya, Kakak Syantikk terus batalkan niat untuk memuat naik gambar. Selama lebih kurang 4 tahun Kakak Syantikk ada akaun Instagram ni, boleh kira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang Kakak Syantikk upload dekat Instagram.
Namun begitu, Instagram Kakak Syantikk pada sem ini sangat meriah. Meriah sebab apa???
Haaaa.... Bukan kehendak Kakak Syantikk pon sebenarnya, Tapi disebabkan oleh tuntutan tugasan bagi subjek Multimedia Dalam Bahasa ini.Segala tugasan yang berkait dengan gambar-gambar ini, Kakak Syantikk perlu muat naik dekat Instagram. Bukan Kakak Syantikk seorang sahaja yang mengalami dilema nak muat naik gambar ni, tapi rakan-rakan sekuliah Kakak Syantikk juga mengalami nasib yang sama.
Haahaaha... kadang-kadang rasa kelakar juga kan, sebab semua rakan-rakan sekuliah Kakak Syantikk akan memuat naik gambar-gambar yang lebih kurang sama antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Yang membezakan bagi setiap kumpulan, hanyalah model dan produk-produk yang digunakan sahaja. Setiap gambar juga perlu disertakan dengan kapsyen, dan hashtag-hashtag yang berjela.
Pengikut-pengikut Kakak Syantikk selain daripada rakan sekuliah subjek ini, ada juga yang berasa pelik dengan post-post kami di instagram. Bertubi-tubi soalan yang ditanya kenapa budak-budak Linguistik muat naik gambar yang sama jee.. Entahlah, Kakak syantikk pon tak tahu nak cakap apa. Tolong laah faham kami.... Kami buat semua ni sebab tuntutan tugasan tau.. Bukan saja-saja kami nak post gambar... Apa-apa ponn, terima kasih raka-rakan dan pengikut lain yang tidak jemu-jemu like post Kakak Syantikk. Sayang anda semua.
Setakat ini sahajalah alkisah cerita Instagram Kakak Syantik. Diharapkan semoga Prof terbuka hati untuk like gambar-gambar yang kami muat naik dekat instagram. Markah tau markah. Bukan senang nak dapat like daripada Prof.
Semoga bertemu lagi di entri yang seterusnya.
Comments
Post a Comment