BBM3410/18: Cerita Sedih Kakak Syantikk
-1 Oktober 2018-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pengikut-pengikut setia blog Kakak syantikk sekalian...
Bertemu lagi kita pada coretan kali ini. Coretan kali agak menyedihkan. Sudilah kalian membaca celoteh Kakak Syantikk ini.
Pada hari Isnin lepas, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan individu bagi menggantikan kelas yang batal. Kuliah ini dibatalkan disebabkan oleh Prof ditugaskan untuk pergi ke Singapura sebagai salah seorang juri bagi program bahasa di salah sebuah institusi di sana.
Bagi menggantikan kuliah tersebut, Prof telah mengeluarkan arahan untuk mengikuti pembelajaran secara interaktif di atas talian. Kami telah ditugaskan untuk memberi persepsi dan pandangan terhadap jenis-jenis media sosial atau media teknologi yang terdapat dalam buku BOOM with Social Media.
Selain itu, dalam tugasan itu juga kami diberi arahan untuk memilih salah satu media sosial atau media teknologi yang sering digunakan untuk membantu pembelajaran kami di universiti. Oleh itu, aku telah memilih laman Instagram sebagai salah satu laman media sosial yang banyak membantu dalam pembelajaran aku di universiti. Setelah menyelesaikan tugasan tersebut, kami dikehendaki untuik menghantar tugasan tersebut secara emel kepada Prof.
Hmmmm.... Seronok betul aku kerana dapat menyiapkan tugasan tersebut dan dapat menghantar dalam masa yang ditetapkan.
Namun begitu, keseronokan aku tidak panjang kerana pada malam tersebut, kami telah dikejutkan dengan berita bahawa beberapa nama dalam kalangan kami sahaja yang berjaya menghantar tugasan tersebut dan diberi markah oleh Prof.
Dengan gigih aku membelek-belek nama siapakah yang berjaya hantar tugasan tersebut.
Namun begitu, nama emel aku tidak muncul-muncul.
Hmmm.. Bagaimana dengan tugasan aku?????
Itulah cerita sedih aku sebenarnya. Nama tiada bermakna markah pun tiada!!!!
10 Markah ye awak-awak semua. 10 markah bukan senang nak dapat adik adik semua kalau hidup dekat universiti ni...
Hmmmmm.... Setakat itu sahaja coretan sedih aku pada kali ini. Moga bertemu lagi pada entri yang akan datang.
Kakak Syantikk nak menangis tepi bucu katil jap.. Jangan ganggu Kakak Syantikkk tau...
Comments
Post a Comment