BBM3410/18: Kek Pisang Resipi Bonda


Assalamualaikum dan bertemu kembali pada entri kali ini.

#Gambar sekadar hiasan semata-mata dan ihsan daripada Google

Haaaa.. Pada entri kali ini, Kakak Syantikk ingin berkongsi resipi Kek Pisang air tangan Bonda tersayang. Kek pisang merupakan kek kegemaran Kakak Syantikk tau. Kek pisang dan air kopi merupakan gandingan yang terbaik. Sesuai untuk minum petang bersama-sama keluarga tercinta. Haaaa.. gitu!

Okay...  Jangan buang masa lagi. Kakak Syantikk nak kongsi resipi Kek Pisang ini.

Antara bahan yang diperlukan ialah:

1 cawan pisang kapas
2 cawan gandum
1 sudu baking powder
1 setengah cawan gula
5 biji telur
1 penutup kecil perasa vanilla
1 cawan minyak
1 sudu kecil ovalete (sekiranya ada)

Cara-cara:

1. Pukul telur, gula, ovalete dan esen vanila sehingga kembang dengan menggunkan speed pukulan laju.
2. Ayak tepung gandum dan baking powder tersebut.
3. Kemudian, masukkan campuran gandum dan baking powder tersebut ke dalam mixer tersebut.
4. Kemudian, masukkan pula pisang dan minyak ke dalam adunan tersebut dan pukul sekejap
5. Kemudian, keluarkan adunan tersebut dan masukkan ke dalam loyang untuk dibakar pada suhu 160 darjah selama lebih kurang 35 hingga 40 minit.

*P/s:
## Sapu ratakan loyang terlebih dahulu dengan menggunakan sedikit minyak dan gandum.
Sekiranya anda menggunakan baking paper, loyang tersebut tidak perlu diratakan dengan minyak dan gandum.

## Panaskan juga ketuhar terlebih dahulu selama 15 minit yaa...

Sekian sahaja perkongsian Kakak Syantikk pada entri kali ini. Semoga resipi kek pisang ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019