BBM3410/18: Kuliah Fotografi lagiiiiii !!

Assalamualaikum dan bertemu kita kembali dalam entri Kakak Syantikk kali ini...

Haaaaaaa... Kuliah minggu ini kami belajar fotografi lagi. Kakak Syantikk sebenarnya tak berapa minat fotografi-fotografi ni. Bukan apa, Kakak Syantikk ni tak berapa nak reti sangat bab-bab tangkap gambar ni. Tapi apakan daya, tugasan berkumpulan ini mesti juga disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Terpaksalah Kakak Syantikk acah-acah perform sikit jadi tukang ambik gambar belakang di tabir. 

Hahahaaa... Saja laa nak cakap kan, yang paling perform bab-bab tangkap gambar ni, kita bagi jee dekat Liitle Cookies dan Cik asma Athirah. Tidak dainafikan, rakan-rakan Kakak Syantikk ni memang berbakat laa dalam bab-bab fotografi ni.

Panjang lebar bercerita, ayuhlah kita sama-sama mengikuti perkembangan kuliah Fotografi yang terakhir ini.

Pada hari Isnin lalu, Kakak Syantikk dan rakan-rakan sekuliah yang lain telah diberi tunjuk ajar berkaitan dengan Fotografi. Kuliah fotografi kali ini berbeza dengan kuliah fotografi kuliah sebelumnya. 

Haaaa.. Nak tahu tak apa yang berbeza?? 

Apa yang berbeza pada kuliah Fotografi ialah berkaitan dengan posisi menangkap gambar bagi produk-produk yang berkaitan. Terdapat 4 posisi yang diterangkan oleh Prof. Antaranya ialah Flatlay, Quarter Flatlay, Half Flatlay dan Zero Flatlay. Setiap Flatlay ini melambangkan posisi seseorang jurugambar semasa menangkap gambar. 

Haaaa... Mesti rakan-rakan blogger tertanya-tanya apa itu Flatlay, Quarter Flatlay, Half Flatlay dan Zero Flatlay kan??

#FLATLAY
Flatlay merupakan posisi jurugambar menangkap gambar dengan meletakkan kamera di atas subjek.


#QUARTER FLATLAT
Quarter Flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera pada aras 45 darjah.


#HALF FLATLAY
Half Flatlay pula bermaksud posisi kamera pada kedudukan suku dari subjek.


#ZERO FLATLAY
Zero Flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera pada aras yang sama dengan subjek.


Itulah serba sedikit mengenai kuliah fotografi kami pada hari Isnin lepas. Macam biasa juga, kami perlu memuat naik gambar-gambar tersebut di laman sosial Instagram yang disertakan dengan hashtag-hashtag kelakar.

Sumpah penat fikir hashtag!!!!!

Setakat itu sahajalah coretan Kakak Syantikk pada entri kali ini. Semoga kita berjumpa lagi pada entri yang seterusnya. Jangan rindu Kakak Syantikk tau...

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019