BBM3410/18: 1 Shot Video Rejected!

Apa cerita kali ni...

Cerita sedih ke cerita gembira?

Cerita REDHA ke tak Redha tetap kena redhakan jua!

Tipu laaa kalau aku cakap tak sedih!

Siapa yang tak sedih kalau kerja yang kita dah letak segala usaha dan tenaga kita tak diterimakan!

Kalau ada yang cakap tak sedih, anda tergolong dalam hati batu...

Aku yang golongan hati tisu ni memang mudah tersentuh dan cepat saja air mata membasahi pipi...

Hahhahaha... Takde lah, aku acah je tu. Takdelah hati aku ni tisu sangatkan!
Jarang-jarang kena keraskan juga sebab cabaran dan dugaan hidup sentiasa ada.

Antara cepat dan lambat je datang cabaran tu menemui kita. Jadinya, apa-apa yang berlaku, maka bertabahlah untuk hadapinya.

Apa yang aku nak cerita kali ini sebenarnya tentang tugasan 1 shot video daripada Kumpulan Nafi Studio.

Tugasan 1 shot video kami tu, kami terpaksa buat balik sebab tidak menepati konsep 1 shot video dan  video kami memang salah la jawabnya!

Kami seolah-olah membuat lakonan dalam video tersebut dengan seorang sahaja yang membuat mimik muka menyanyikan lagu yang dipilih.

Jadinya, Prof tak terima tugasan video yang kami buat dan Prof minta kami buat balik.

Sedih kan cerita aku kali ni!

Siapa tak sedih, seolah-olah hang kena reject gitu!

Itu muka gembira sebelum video kami kena reject

Dan perasaan sedih dan kecewa datang juga bila kumpulan lain dah boleh teruskan untuk buat video 1 shot 2 layer.

Tapi kumpulan kami perlu selesaikan 2 tugasan, iaitu tugasan 1 shot dan tugasan terbaru video 1 shot 2 layer.

Hahahaa... Tak menyesal pun, tapi aku yakin dengan kesalahan macam ni, kumpulan kami akan lebih berhati-hati menyiapkan tugasan-tugasan Prof yang bakal kami temui pada sisa-sisa sem akhir ini.

Aku juga nak ucapkan tahniah buat kumpulan yang dah berjaya laksanakan tugasan 1 shot video.
Anda semua memang berbakat.

Dan video yang aku akan ingat sampai bila-bila ialah video 'Aci-Aci Buka Pintu' sebab tahi lalat Saloma besar gila nak mati!

Hahahhahaha....

Salam sayang!

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019