BBM3410/18: Alkisah Cerita 10 Keping Gambar

Bertemu lagi kita pada entri kali ini.

Nampak sangat gigih nak cukupkan sebanyak 24 post dekat blog ni kan! 

Aku rasa rakan-rakan sekuliah yang lain turut mengalami situasi yang sama. 
Dengan kesibukan tugasan-tugasan lain serta kegigihan menyiapkan FYP, blog, instagram dan twitter jangan dilupakan ye kawan-kawan.

Akulah antara contoh pelajar yang tak update blog setiap minggu. Haaaa... Sekarang baru merana hidup nak siapkan jumlah 24 post dekat blog.

Tapi apakan daya, buatlah juga demi markah yang sangat berharga daripada Prof tercinta!

Aku sebenarnya dah tak tahu nak merepek apa lagi untuk post kali ini. 

Fikir punya fikir... 

Aku rasa nak bercerita tentang tugasan midsem iaitu kami perlu  post 10 keping gambar dekat laman instagram dengan hashtag yang berjela- jela macam yang selalu kami buat tu.... Hahahahaha

Punya laa seksa untuk post 10 keping gambar tu. Ya Allah, Tuhan je tahu! 

Banyak betul nak habiskan 10 keping post masa cuti midsem tu. 

Nak dijadikan cerita, kebanyakan gambar yang aku post dekat intagram tu adalah gambar-gambar ihsan daripada rakan, abang dan kakak tersayang. 

Hahhahaha... Semua orang pelik sebab aku macam meraih simpati supaya mereka bagi gambar untuk aku cukupkan tugasan 10 keping gambar tu. 

Kah kah kah... 

Sebenarnya, itu semua adalah taktikal aku je. Acah-acah sedih dan meratapi tugasan.

Akhirnya, aku berjaya kumpul 10 gambar dan gambar-gambar tersebut sudah tersemat dekat Intagram aku! 

Terima kasih buat mereka yang sudi berkongsi gambar dengan aku. 

Tiba-tiba aku jadi instafamous sekejap!













Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019