BBM3410/18: Bersimpulan Bahasa Ke Kita?

Bersua kembali dalam entri kali ini.

Haaa.. pada hari ini, Kakak Syantikk nak cerita tugasan simpulan bahasa yang perlu dilakukukan dalam kuliah Multimedia kali ini.

Macam biasa, kuliah kami bukan biasa-biasa!

Kami ditugaskan untuk mencari 10 simpulan bahasa dan gambarkan makna simpulan bahasa tersebut. Setiap simpulan bahasa yang dipilih mestilah berbeza daripada ahli kumpulan yang lain.

Macam biasa lah... berkicap ketiak nak cari 10 simpulan bahasa yang berbeza sebab kami kena berebut-rebut simpulan bahasa dengan ahli kumpulan yang lain.

Selesai pemilihan 10 simpulan bahasa, kami kena gambarkan maksud peribahasa yang dipilih pulak.

Haahaaaa.. Ini bukan biasa-biasa. Nak lakonkan aksi untuk menggambarkan maksud simpulan bahasa tu. Macam-maacam gaya dan aksi lah kan kami berkumpulan menyiapkan tugasan kali ini.

Tapi yang pelik dan kelakarnya, dah siap semua... Baru kami perasan, semua simpulan bahasa yang dipilih dalam kumpulan kami agak-agak gedik sikit. Haahahaaa.. Contohnya macam situasi pasangan bercinta, jatuh hati, keluarga bahagia...

Gedik teruk kaan!

Memang hobi kami gedik-gedik macam tu. Kan Nafi Studio ??

Itulah alkisahnya... Lepas siap-siap bergambar semua.. Kami kena jadikan gambar tersebut dalam bentuk power point dan masukkan audio instrumental...

Dan macam biasa lah, muat naik dekat utube dan pada kuliah hari isnin berikutnya, semua kumpulan akan bentang hasil kerja masing-masing dekat Prof dan rakan -rakan sekuliah yang lain.

Seronok! Dari situ kita boleh tengok siapa rakan-rakan kita yang berbakat dalam berlakon, memberi arahan dan membuat suntingan video.

Itu sahaja coretan kali ini. Semoga bertemu pada entri yang seterusnya.

Sebelum berhenti baca blog aku, jemput la tengok gambar-gambar ahli kumpulan kami yang cantik, segak lagi berbakat! Haaaaa....










Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019