BBM3410/18: Buku BOOM!

Selamat bersua kembali para blogger sekalian.

Penat aku marathon nak siapkan blog. Kering idea sebab otak dah tepu dan beku. Baru aku tahu betapa susahnya nak mengarang sebab kena perah idea.

Ini penulisan santai-santai kira okaylah jugakkan. Kalau penulisan berbentuk ilmiah, lagi-lagi la kau kena betul-betul hadam dan fokus dengan perkara yang kau nak tulis tu.

Takpelah, tak payah merepek lagi. Jom terus berjuang untuk tulis blog agar Kakak Syantik berjaya mencapai 24 post. Amin Amin!

Haahahahahhaa....

Kali ni aku nak cerita tentang padah bagi sesiapa yang tak bawa buku BOOM waktu kelas Multimedia dengan Prof...

Gambar buku BOOM ihsan daripada Twittter Awan Ganteng

Sesiapa yang tak bawa buku BOOM masa kuliah hari Isnin lepas memang semput balik kolej sebab nak ambil dan tunjuk buku tu pada Prof. Haaaa! Siapa suruh kau tak bawa...

Aku laah antara manusia yang tak bawa buku BOOM tu pergi kelas masa hari Isnin tu. Aku ingat selamat. Tapi jangkaan meleset disebabkan Prof pusing satu kelas untuk tengok siapa yang tak bawa buku.

Prof cakap sesiapa yang takde buku, Prof akan potong markah dalam kumpulan! Hahahahah...
Memang gigih la masing-masing balik kolej semata nak ambil buku tu. Prof cakap buat rugi je beli mahal-maha buat simpanan dalam bilik.

Mana tak mahalnya... RM85 hengggeett kot!

Masa kelas tu sebenarnya Prof suruh jawab soalan dalam buku BOOM. Ada 3 soalan kena jawab dan kami bahagikan dengan ahli kumpulan yang lain. Masing-masing kena cari 5 jawapan untuk kesemua soalan yang ditanya.

Jadinya, kami buat rancangan... Ada yang balik bilik untuk ambil buku dan yang selebihnya perah otak nak cari jawapan untuk soalan-soalan tersebut. Pukul 12 kena hantar jawapan sambil tunjuk buku BOOM pada Prof.

Haaaa.... Tunjuk buku BOOM sekali dengan nama. Bukan tunjuk buku saja!

Lepasni, aku yakin memang semua orang tak kan lupa untuk bawa buku BOOM pergi kelas!

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019