BBM3410/18: Cuba Teka!

Assalamualaikum dan selamat petang.

Semoga warga blogger sekalian sihat sejahtera dan tidak jemu-jemu membaca blog Kakak Syantikk  yang tak berapa nak cantik ni.

Hahahhaaaaa....

Apa lagi yang aku nak cerita pada entri kali ini???

Hmmmmm.... Akhirnya, aku temui juga entri blog yang ke-24. Betapa seksa jiwa dan raga nak siapkan blog ni. Bertatih sikit-sikit akhirnya aku temui juga penghujung untuk sementara waktu.

Aku harap sangat lepas ni, Prof cakap penulisan blog dah berakhir!

Dan aku tak payah nak tulis-tulis blog lagi. Moga-moga doaku ini termakbul. Heheheh...
Aku dapat rasa rakan-rakan sekuliah juga merasa perkara yang sama...

Untuk entri kali ini, aku nak kongsikan tugasa video 1 shot 2 layer!

Tugasan kali ini, kami sekumpulan sebulat suara untuk memilih lagu 'Cuba Teka' nyanyian Tasha Manshahar dan Syed Syamin.

Video kali ini kami bawakan konsep 3 pasangan yang sedang dilamun cinta dan sedang berbahagia... Hahahahah... Seronok kan!

Kali ni aku jadi tukang miming berkolaborasi dengan Safuriah, Mahira dan Hidayah. Jarang-jarang sekali nak jadi artis. Nak nyanyi betul agak sukar sebab suara aku ni tak sedap mana, tapi bolehlah dari takde tu... Hahahahah

Jadinya, untuk shoot video ni, kami pilih Bukit Ekspo sebab banyak tempat menarik dekat situ!

Kali ini, Mahira yang jadi pengarah dan aku jadi manusia yang buat-buat sibuk jaga rentak masuk muzik.

Aku harap video 1 shot 2 layer yang kami buat menepati konsep yang Prof mahukan dan diterima!

Jangan lupa untuk saksikan video kami semasa sesi pembentangan dalam kelas pada hari Isnin minggu hadapan. Aku pun tak sabar nak tengok hasil video kumpulan-kumpulan lain juga.


Setakat ini sahajalah perkongsian yang aku nak cerita pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi pada blog yang seterusnya!

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019