BBM3410/18: Cuti Midsem Dah Berlalu Pergi!

Selamat petang semua... Semoga sihat-sihat semua.

Nak tulis apa petang-petang ni?? Heheeh..

Kakak Syantik nak cerita aktiviti-aktiviti masa cuti midsem yang lepas.

Macam biasalah cuti midsem Kakak Sayntik dihabiskan dekat rumah je. Jadi pemandu tegar Mek Kakak Syantik tersayang. Heheeee.. Jadi pemandu Mek pegi pasar cari lauk untuk buat stok dapur.

Haaaaa.. macam biasa, kalau balik rumah tu meja makan merupakan destinasi utama. Kalau boleh, nak tidur pon dekat dapur je.. Haaahahah

Cerita pasal makanan memang tak habis lah kan. Dari pagi, tengah hari dan malam tu, masa memang dihabiskan dekat dapur je. Macam-macam jenis masakan, macam-macam jenis kuih yang dimasak dan dimakan. Hahahahahha

Tapi macam biasa laaa.. Mek yang masakkan semua. Cakap je nak makan apa, pasti akan terhidang.

Ehhhhh! Jangan risau... Kakak Syantikk tolong jugak tau! Bukan tahu makan saja je.. Heheheheh.

Anak-anak buah yang ramai pula memeriahkan suasana rumah Kakak Syantikk. Seronok tengok gelagat dan telatah mereka. Kadang-kadang ada juga terfikir nak putarkan kembali masa sekarang kepada zaman kanak-kanak. Bolehlah tiap-tiap masa fikir nak main apa je, tak payah lagi fikir masalah sekeliling. Tapi apakan daya, masa tak boleh diputarkan lagi dan hidup perlu diteruskan dan umur pon semakin hari semakin meningkat.

Tolonglah terima hakikat wahai Kakak Syantikk oiiii! Kau tu makin hari makin tua, bukan makin muda!

Pejam celik pejam celik... Cuti midsem seminggu berakhir macam tu je. Seminggu berlalu pergi. Kenyatan untuk balik semula ke UPM menjadi nyata dan hadaplah semula sisa-sisa baki sem terakhir di UPM!

Setakat itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga berjumpa di entri yang seterusnya.




Kenduri Kesyukuran untukahli keluarga, jiran terdekat dan sahabat handai


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019