BBM3410/18: Kuliah 1 Shot Video 2 Layer

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sedar tak sedar, kita dah hujung-hujung waktu dah. Suasana kuliah takkan aku jumpa lagi.

Boleh tak kalau jangan gerakkan masa lagi? Biar waktu kekal macam ni sebab lagi pantas waktu bergerak, lagi pantas waktu untuk berpisah dengan rakan-rakan sekuliah.

Dah hujung-hujung ni jugalah kerja makin bertimbun dengan FYP yang hidup segan mati tak mahu.

Tak nak lah aku cerita pasal FYP lagi... Sebab baru sekarang aku sedar dan menyesal kenapa aku tak siapkan sikit-sikit FYP aku dari awal.

Hmmmmm, tak payah la kau nak menyesal sekarang. Kau memang puncakan Ain. Hahahaha...

Jadinya, hari ini aku nak cerita pasal tugasan Prof yang seterusnya!

Hmmmmm... Menarik bukan!

Minggu ni Prof minta kami hasilkan video 1 shot 2 layer pula... Minggu sebelum cuti, kami dah buat video 1 shot yang Prof suruh buat balik tu. Kami REDHA Prof!

Video 1 shot 2 layer tu macam mana ye???

Haaa... Nak bagitahu la ni.

Video 1 shot 2 layer ni macam ada orang menyanyi dan pada masa yang sama orang tu berlakon jugak. Lebih kurang macam tu lah definisinya tu.

Yang aku faham macam tu lah. Tak tahulah kalau-kalau kefahaman aku ni bercanggah dengan orang lain punya kepala.

Jadinya, aku dan ahli kumpulan merancang nak buat mesyuarat tergempar terlebih dahulu sebelum memulakan penghasilan video.

Macam biasa laa, sebelum buat video tu, kami gaduh-gaduh dulu untuk nak dapatkan idea sebab masing-masing ada idea. Tapi yang penting, dalam perbincangan kumpulan, janganlah pentingkan diri sendiri dan rasa kepala kau je yang betul.

Dannnnn.... orang lain punya kepala tu salah! Cuba dengar pendapat orang lain dan kita sama-sama buat penilaian dan tambah baik terhadap idea yang wujud tu.

Aku pon kadang-kadang kepala angin jugak! Ada jugak hari-hari yang aku rasa aku semua betul. Hahahah, teruk punya perangai.

Dari segi pemilihan lagu, kumpulan kami pilih lagu P. Ramlee yang ada Margina tu. Entah, lupa pulak apa tajuknya. Tapi aku rasa mesti akan ada perubahan lagu jugak sebab kita kena sesuaikan lagu dengan scene yang nak dilakonkan.

Biasa lagu yang ada part bercinta dan jiwang tu lagi senang nak berlakon dan menghayati watak sebab ahli kumpulan Nafi Studio ni semua DARAH MUDA!

Apa-apa keputusan kena tunggu Mesyuarat tergempar petang ini!

Jumpa lagi!


Mesyuarat tergempar Nafi Studio



Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019