BBM3410/18: Rabak Mata Belajar Adobe Photoshop

Selamat sejahtera warga blogger sekalian. Semoga sihat semuanya.

Kali ini kita marathon siapkan penulisan blog. Bukan apa, blog dah berhabuk katakann! Haaahaaa..

Kali ini Kakak Syantik nak cerita pasal apa pulak ye? Banyak je nak cerita, tapi macam biasa lah kan.. Pemalas nak tulis. Kakak Syantikk suka bercakap je sebenarnya!

Haaaaa.. entri kali ini Kakak Syantikk nak cerita pasal tugasan Adobe Photoshop pulak.

Macam-macam kan tugasan kelas multimedia ni.

Memang banyak pon. Langsung tak tipu!

Masa kelas amali kami diberi tugasan untuk membuat kalendar meja tahun 2019 mengggunakan Adobe Photoshop. Pernah lah jugak dengar pasal photoshope ni.Seronok tengok orang buat. Bila batang hidung sendiri kena buat, mahu tak menangis nak belajar photoshop ni.

Nak tahu cerita tak???

Sebenarnya aku ada pengalaman guna photoshope masa Tingkatan 6 dulu. Budak seni katakan! Hahahhaha.. Tapi belajar sebab nak siapkan tugasan je kan. Lepastu aku tinggalkan ilmu photoshope lepas siapkan tugasan tu semua...

Sebab tu lah orang selalu pesan, ilmu ni bukan untuk periksa je tapi untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hmmmmmm.. sedih kejap sebab terkilan dengan perangai sendiri.

Sebenarnya, aku memang  sejenis yang tak suka menghadap laptop... Mungkin sebab tu lah, aku tak berapa minat untuk meneroka alam potosohop ni.

Tapi takpe, perkara dah lepas... Biarkan berlalu dan ambil iktibar daripada pengalaman lepas.

Haaaa.. Apa cerita Photoshop kali ni?

Serius aku cakap, rabak mata belajar benda ni. Lama betul nak siapkan satu bulan kalendar. Semput juga rasanya bila ingat macam mana aku nak  siapkan untuk 11 bulan yang mendatang.

Hahahahaa... tapi sekarang bertatih-tatih dapatlah juga aku siapkan kalendar meja sampai bulan Disember.

Bila dah reti sikit-sikit, rasa addicted nak buat kalendar untuk bulan-bulan seterusnya. Seronok pulak rasanya.

Setakat ini sahajalah coretan Kakak Syantik. Byeeee!


Sedikit sebanyak hasil rabak mata menghadap Photoshop

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019