BBM3410/18: Tak Pandai Main Twitter!

Selamat sejahtera... Bertemu lagi pada entri kali ini.

Kali ni aku nak cerita pasal Twitter yang tak berapa nak twitter. Aku tak reti laa main twitter. Ni semua sebab tugasan
Multimedia.

Prof ni macam-macam. Haahaaaa.

Berani kau tak buat, beranilah kau tanggung kepiluan hilang markah macam tu je. Jadinya, terpaksalah REDHA dengan apa yang Prof suruh buat.

Ikut saja dan jangan banyak tanya. Haaaa... Gituuuu!

Tiap kali bukak Twitter ni, tiap kali laaa jugak aku fikir apa yang nak ditweetkan. Apatah lagi nak retweet orang lain punya tweet.

Sejak dari hari aku install twitter tu, boleh kira pakai jari lah berapa kali sahaja aku tweet. Aku rasa baru dua tweet yang aku post. Hahahahha...

Nak cerita retweet pula, memang takde laa aku punya retweet! Sadis sangat kisahnya.

Haaa... Prof pulak suruh screenshot gambar kita punya tweet dan retweet dan lepastu post dekat blog!

Jadi, persoalannya sekarang, apa yang aku nak post dekat blog nanti sedangkan tweet dan retweet aku pon tak berapa nak banyak ni!

Sekali lagi aku kena REDHA laa gamaknya ni!

Setakat ini sahajalah perkongsian twitter yang hidup segan mati tak mahu ni...

Maka, inilah hasil permainan Twitter.





Semoga kita bertemu lagi di entri yang seterusnya.






Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019