BBM3410/18: Video One Shot

Haii warga blog sekalian. bertemu lagi kita pada entri kali ini.

Hari ini aku nak kongsikan serba sedikit tentang pembikinan video one shot. Video One Shot terdiri daripada One Shot One Layer, One Shot Two layer dan One Shot Three Layer.

One Shot One Layer
-Pembikinan shot ini mestilah berlaku dengan satu pergerakan sahaja. Mimik muka dibuat berdasarkan lagu yang dinyanyikan. Shot ini tidak memerlukan sebarang pergerakan lain.

One Shot Two Layer
-Pembikinan shot ini memerlukan pergerakan dua objek. Secara mudahnya, penyanyi melakukan mimik muka mengikut lagu (Layer pertama) dan  pelakon melakonkan aksi seperti yang dinyanyikan oleh penyanyi (Layer kedua)

One Shot Three Layer
-Pembikinan shot ini membolehkan pergerakan watak pelakon dan penyanyi secara serentak.Unsur alam semula jadi seperti angin tidak dikira sebagai layer. Pergerakan secara tidak sengaja, seperti orang sedang bermain bola boleh dimasukkan ke dalam shot jenis ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019