BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional FBMK, UPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Pada entri kali ini, Kakak Syantik ingin berkongsi pengalaman mengikuti program anjuran Muzium Warisan Melayu, FBMK. Program ini telah pada hari Selasa bersaamaan dengan 25 September 2018 di dataran Muzium Warisan Melayu.

Apa yang menarik sepanjang program ini?

Haaaaa.. semestinya laa ada makanan kan! Nama pun Pesta Makanan kan..
Semua makanan adalah kegemaran Kakak Syantikk... Disebabkan itulah, Kakak Syantikk bukan sahaja syantikk malah termasuk dalam pakej gebu! haaahahhaha....

Tapi bukan calang-calang makanan yang ada tau! Semua makanan yang ada dijual di sini merupakan makanan tradisional tempatan dari pelbagai negeri, seperti negeri Kelantan dan Johor.

Jangan terkejut.... Noraz Laksa antara produk makanan yang laku keras yang dijual. Kakak Syantikk menjengah ke gerai Noraz Laksa dengan hajat untuk rasa air tangan Prof. Madya Dr. Norazlina binti Hj. Mohd Kiram. Namun begitu, hajat terpaksa dilupakan kerana Noraz Laksa telah habis dijual.

Selain itu, terdapat juga demonstrasi masakan oleh Prof. Madya Dr Shahrin Karim, iaitu seorang pensyarah dari Fakulti Teknologi Makanan, UPM. Beliau menunjukkan demonstrasi masakan kuih ondeh-ondeh Royal Blom dan masal lemak udang dan rebung. Resipi yang ditunjukkan adalah resipi daripada inovasi diri beliau sendiri.
Haaa.... Tu bukti kami memasak bersama-sama Chef selebriti. Bagi Kakak Syantikk, masak menggunakan peralatan tembaga sangat menggamit memori dulu-dulu. 

Sempat juga Kakak Syantikk rasa masakan beliau. Hmmmm, boleh laaaa, sedap la juga.. Tapi, masakan bonda tercinta tetap melekat di hati Kakak Syantikkk!!

Tapi yang paling penting, muka Kakak Syantikkk ini masuk dalam berita TV3 tau.. walaupun separuh muka jeee...hahahahahha..

Okayy... itu sahaja cerita Kakak Syantikk pada entri kali ini. Sudi-sudilah kiranya menjengah ke blog Kakak Syantikk untuk membaca entri-entri yang seterusnya. Semoga anda semua berada dalam lindungan Allah sentiasa.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019