BBM3410/18: Kuliah One Shot Video

Bertemu lagi...

Berhabuk sangat blog Kakak Syantikk. Gara-gara lama sangat tak update blog ni.

Huuuhhh... Bukan malas nak update, tapi tak sempat je.

Apa cerita kuliah 3 minggu lepas?? Haaaa.. kuliah kali ini bukan biasa-biasa. Kami kena shooting one shoot video pulak. Hmmm, macam-macam kan kuliah multimedia kami ni.

Tapi takpe, Prof dah pesan.. REDHO jelahh!!!

Nak dijadikan cerita, part paling susah untuk shoot video ni.. Kami kena cari lagu yang sesuai, catchy dan seronok di dengar. Kumpulan kami dua tiga kali tukar tajuk lagu disebabkan nak cari kesesuaian pembawakan lagu dalam ahli kumpulan dan masa yang diperuntukkan.

Cari punya cari.. Gali punya gali.. Kami sekumpulan sepakat untuk memilih lagu Pencuri yang dipopularkan oleh Mark Adam.

Aku rasa berpuluh-puluh kali juga berlatih untuk sesuaikan lagu dengan miming dan gerak tubuh badan. Masa ni laah baru aku rasa susah jugak nak jadi retiss ni dan masa tu jugak niat nak jadi retisss terkubur macam tu jee.. hahahhaaa

Masa shooting video ni jugak, kami berkumpulan ada gaduh-gaduh jugaklah dalam menyelesaikan misi shooting video ni. Gaduh-gaduh manja gituuu. Haaahaahaa. Biasalah tu kan, gaduh-gaduh sebab-masing-masing nak bagi idea kan. Tapi takpe, itulah sebenarnya yang seronok!!!

Kami telah memilih Bukit Ekspo sebagai lokasi shooting kami pada kali ini. Berpeluh-peluh dan berkicap-kicap jugak ketiak nak siapkan shooting one shoot video ni.

Tapi apa-apa pun, seronokkk dan tahniah buat Nafi Studio kerana sudah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sayang Nafi Studio banyak-banyak.


P/s Kakak Syantikkk:
Jangan seronok sangat, banyak lagi tugasan menanti!
Mental fizikal kena kental dan jangan mudah koyak.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019