BBM3410/18: Prof Aku Masuk TV!


Hai hai hai...

Bertemu lagi kita di sini.

Selamat sejahtera warga blogger sekalian.

Penat betul menyiapkan penulisan blog. Aku rasa aku dah tulis banyak. Tapi masih banyak lagi yang nak kena tulis.

Huhhhh... Mengeluh lagi!

Prof cakap jangan mengeluh. Kalau mengeluh, kerja akan lagi bertambah.

Jangan tambah kerja lagi Prof.
Yang ada ni semput nak siapkan!

Kali ni, aku nak bercerita tentang kuliah ganti pada hari Isnin selepas cuti midsem hari tu.

Banyak betul cerita aku ni kan! Hahhahaha

Sabar jap. Minggu ni je aku ada masa nak siapkan lagi lebih kurang 8 blog lagi.
Lepasni, kita boleh rehat kejap.
Kita bagi masa untuk Prof masukkan markah.

Gigih tak gigih.. Kena gigihkan juga! Markah weii markah. Hhahhaaaa...

Ni antara cerita yang sadis juga.

Aku terjaga daripada lena yang indah tepat jam 9.45 pagi.

Aku memang mengantuk teruk sebab baru sampai ke bumi UPM. Sampai je kolej, terus aku terlentok.

Nasib baik tersedar juga walaupun lambat.

Kalau tak, naya dibuatnya!

Menggagau cari telefon dan buka whatsapp.

Jeng jeng jenggg!!!

Ada tugasan lagi.

Apa tugasan kali ini?

Kami kena tangkap gambar Prof masuk TV Alhijrah yang sedang hangat membincangkan isu penggunaan bahasa dalam media sosial.

Tangkap gambar tu yang helok-helok je. Jangan kau snap gambar aku masa aku tengah muncungkan mulut ke apa ke. Itulah antara kata-kata Prof.

Prof cakap bagilah aku peluang nak famous kejap!

Hahahhaha... Prof memang kelakar tahap tak boleh bawa bincang.

Dalam kelakar tu, ada serius.

Haaaa... Gituuu!

Macam biasa tugasan kami, kena tangkap gambar Prof dalam TV tu, post dekat Intagram dan jangan lupa letakkan sekali # yang berderet-deret tu.



Makanya, itulah tugasan kami untuk kuliah online pada hari Isnin lepas.

Seronokkan??

Tangkap gambar je dah tak payah pegi kuliah lagi!

Kalau boleh, hari-hari macam ni pon takpe Prof... Hahhahha

Hmmmm... Bila Prof nak buat macam ni lagi???


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019