BBM3410/18: #SayaMohonIsninKuliahOnline


Selamat sejahtera warga blogger sekalian. Semoga anda semua sihat semuanya.

Pada entri kali ini, aku nak cerita tentang di sebalik kisah kuliah ganti secara atas talian pada hari Isnin selepas cuti midsem.

Macam biasa lah. Prof buat kejutan lagi!
Nasib baik je aku terbuka whatsapp pagi hari Selasa.

Elok-elok je baru jejak kaki dekat rumah dah ada tugasan adhoc daripada Prof. Sebenarnya, aku baru sampai rumah pagi Selasa dari UPM. Lepas siap solat subuh, aku terus lena sampai pukul 10 pagi.

Hahahhaha... Mengantuk teruk!

Kalau dekat rumah, aku jarang buka telefon ni. Dah siap kerja dekat dapur, baru aku menggagau cari telefon.

Nak dijadikan cerita, buka je mata pada pagi hari Selasa tu, aku terasa nak buka telefon. Sekali tengok whatsapp, ahli group Linguistik Melayu sedang aktif. Notification masuk bertalu-talu.

Nak diringkaskan cerita, memang betullah ada tugasan adhoc daripada Prof.

Tugasan macam biasa la, tangkap gambar gaya tangan OK dan post dekat Instagram disertakan dengan hashtag #SayaMohonKuliahSecaraOnline

Haaaa... Bukan setakat post gambar je, ada syarat lain juga!

Apa syaratnya?

Syaratnya ialah setiap daripada kami dikehendaki post 1 gambar sahaja dan bilangan hashtag #SayaMohonKuliahSecaraOnline mestilah mencapai angka 80 di laman instagram.

Sekiranya kami gagal mencapai 80 bilangan hashtag tersebut, maka kelas akan dijalankan seperti biasa.

Maka, apa kesudahannya???

Kesudahannya, mestilah kami dapat tambah bilangan hari cuti lagi.

Prof makbulkan permintaan kami dan beri kelonggaran pada hari Isnin untuk kuliah atas talian je.

Maka berseronoklah sakan aku dan rakan-rakan sekuliah yang lain.

Terima kasih Prof. Sayang Prof ketat-ketat!

Yahoooo!!!!

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019