BBM3410/18: Sesungguhnya LIKE Prof itu amat Berharga

Selamat petang buat rakan-rakan blogger Kakak Syantikk sekalian.

Bersua lagi kita pada entri kali ini.

Petang-petang hujan macam ni memang seronokkan! Cuaca macam ni membuatkan aku asyik nak lelap saja.

Lagi-lagi katil pula melambai-lambai. Memang betul-betul menguji tahap keimanan aku!

Haaa... Entri kali ini aku nak cerita pasal apa ye? Agak-agak aku ni dah rasa macam ketandusan idea pun ada.... Hahhahaah.

Ada sesiapa rasa macam yang aku rasa tak?
Haaa... Aku pasti anda semua pun mengalami nasib yang sama.

Kali ini aku nak cerita tentang like Prof dekat Instagram lah.

Like Prof dekat instagram bermakna Prof suka gambar tu dan hashtag juga mestilah kelakar. Dan jangan lupa kapsyen pun mestilah yang WOW sikit. Janganlah kapsyen tu macam lesu sangat.

Tapi masalahnya, setakat mana sangatlah nak bubuh kapsyen yang wow dengan hashtag yang kelakar lagi!

Aku bukan jenis yang reti buat benda-benda kelakar macam tu. Jenuh laa juga nak fikir kapsyen apa yang nak ditulis dekat post instagram tu.... Hahahahaha.

Nak fikir hashtag apa yang nak letak lagi....

Hmmmmm.... Tepu dah otak saya Prof!

Berbalik kepada cerita LIKE Prof, aku menunggu-nunggu juga Prof like aku punya post dekat instagram tu.



Aku tengok orang lain punya post Prof dah like. Rakan-rakan sekuliah siap post kegembiraan sebab Prof dah like post dan komen mereka.

Tapi... Aku punya post Prof tak like lagi!
Risau juga! Tapi, aku sabar menunggu dengan penuh Husnudzon gituu. Hahhahaha.

Tunggu punya tunggu, esoknya Prof like juga post gambar aku dekat instagram tu.

Fuhhhh!!!! Perasaan risau terus hilang dari radar.

Dan baru aku tahu betapa bahagianya dapat like daripada Prof.
Terima kasih banyak-banyak Prof.

Jangan lupa banyak lagi post saya yang Prof tak like lagi. Hehehhehe....

Nanti Prof like tau!

Sayang Prof.... Mmmuahhhh!


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019