BBM3410/18: Asas Grafik

Salam sejatera... Pada hari ini aku nak buat nota pendek tentang Asas Grafik.

Berikut merupakan penerangan ruingkas tentang prinsip-prinsip Asas Grafik:

1. Prinsip Mudah:
Prinsip mudah merujuk kepada idea dan gambar yang ditunjukkan memudahkan audiens untuk memahami konsep tersebut dengan jelas dan mudah.

2. Prinsip Keseimbangan
Keseimbangan merujuk kepada elemen grafik yang disusun atur secara seimbang antara kiri, kanan, atas dan bawah. Susunan elemen mestilah menampakkan pembahagian bebanan yang sama dari segi bentuk dan kedudukannya.

3. Prinsip Kesesuaian
Prinsip ini mementingkan keseuaian dalam reka letak subjek, pemilihan jenis tipografi, penempatan teks serta penggunaan warna perlulah bersesuaian dengan imej grafik yang ingin disampaikan kepada audiens

4. Prinsip Warna
Prinsip warna digunakan untuk menunjukkan penegasan terhadap visual-visul tertentu.

5. Prinsip teks
Prinsip teks ini mementingkan jenis-jenis fon, pemilihan slogan yang sesuai, pembawakan tema dan kepelbagaian mesej yang bersesuaian dengan gambar. Penggunaan teks dalam gambar juga mestilah kurang.


Sekian sahaja nota ringkas yang aku nak kongsikan pada hari ini.Semoga bermanfaat. Sampai kita berjumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019