BBM3410/18: Papan Cerita

Selamat sejahtera, bertemu lagi kita...

Hari ini, aku nak kongsikan kepada anda semua tentang papan cerita.

Pada kali ini, kami secara berkumpulan telah diberi tugasan untuk membuat papan cerita. Papan cerita yang kami reka adalah dengan membuat e-majalah mengenai produk perabot keluaran syarikat Nafi Studio iaitu kerusi. Pelbagai jenis kerusi yang dikeluarkan oleh syarikat kami.

Berikut merupakan jenis-jenis kerusi yang dikeluarkan oleh syarikat kami:
1. Kerusi Gebulu
2. Kerusi Juling
3. Kerusi IQ bercabang
4. Kerusi Si Cilik
5. Kerusi Arikatun
6. Kerusi Melayang
7. Kerusi Goyang

Berikut merupakan cara kerja kumpulan kami menyiapkan papan cerita bagi e majalah ini:

1) Pembahagian kertas.
2 orang ahli kumpulan perlu menyiapkan sehelai e majalah. Semua ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menyiapkan e majalah tersebut dengan membuat lakaran muka depan majalah, sidang pengarang, gambar-gambar produk, promosi jualan di bahagian akhir majalah.

2) Justifikasi Produk
Setelah menyiapkan lukisan produk keluaran syarikat, kami perlu membuat justifikasi untuk kesemua perabot kerusi yang dihasilkan. Antara justifikasi dan pembaharuan yang dibuat terhadap produk keluaran syarikat kami ialah, setiap kerusi mestilah mempunyai ciri keselamatan dan memasukkan ciri kesihatan untuk para pembeli. Contohnya, bagi ciri kesihatan, kesemua produk kami direka untuk memberi sokongan kepada tulang belakang. Ciri keselamatan pula dipentingkan, terutamanya pada kerusi Si Cilik kerana kerusi tersebut direka khas untuk kanak-kanak. Selain itu, produk keluaran syarikat kami juga mementingkan aspek penjimatan ruang kerana bersesuaian bagi mereka yang tinggal di  rumah yang sempit

3) Pemilihan kata-kata 'Qoutes'
Kami juga memasukkan unsur kata-kata yang diambil daripada buku Qoutes untuk dimasukkan ke dalam setiap muka surat produk kerusi yang dihasilkan. Kami perlu menterjemahkan kata-kata tersebut ke dalam bahasa Melayu memandangkan buku tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris.

Sekian sahaja kisah papan cerita kami. Semoga berjumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video One Shot

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

BBM3410/18: Kalendar 2019