Posts

Showing posts from December, 2018

BBM3410/18: Kalendar 2019

Saat yang paling ditunggu-tunggukan oleh semua orang. Aku yakin. Satu bebanan yang terpikul di atas kepala macam terlepas bila kalendar 2019 hasil usaha dan titik peluh kami membelek-belek potoshop akhhirnya dicetak. Terharu rasanya bila semua orang gembira tengok hasil kerja masing-masing. Semua cantik-cantik. Semua lawa-lawa. Tapi yang penting, Prof puji hasil kerja kami! Haa.. Nanti aku share laa gambar-gambar kalendar 2019 hasil air tangan aku ni. Okayy! Byeeee....

BBM3410/18: Facebook Pulak!

Salam sejahtera... Hari ini aku nak kongsi tentang tugasan di Facebook pulak. Sesi luahan perasaan di FB sempena tugasan terakhir kami. Aku terpaksa lap balik balik FB aku yang berhabuk , setelah sekian lama ditinggalkan. Haahahhaa... Prof cakap luah je nak luah pasal apa pon, tetapi berkait dengan kelas multimedia laaa...

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Selamat bertemu kembali. Hari ini aku nak kongsi tentang pembikinan video tanpa wajah. 1. Pemilihan lagu Kami telah memilih lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad untuk pembikinan video tanpa wajah kali ini. Kami memasukkan unsur patriotik ke dalam video tersebut. 2. Jalan Cerita Jalan cerita dimulakan dengan penanaman unsur patriotik dalam diri sejak kanak-kanak. Semangat patriotik ini telah membakar semangat diri untuk menjadi salah seorang anggota keselamatan negara dan akhirnya meraih kejayaan apabila berjaya diserap ke dalam PULAPOL untuk menjadi seorang anggota polis. 3. Pelakon Pada video kali ini, kami telah mengimport pelatih SUKSIS sesi 2018/19 bagi menunjukkan scene latihan yang diberi sepanjang berada di PULAPOL sehingga berjaya untuk menjadi anggota polis. Ahli kumpulan kami hanya memainkan watak zaman kanak-kanak seperti bermain permainan tradisional dan melukis bendera. Aspek yang dipentingkan dalam video tanpa wajah ialah video yang dibua...

BBM3410/18: Video One Shot

Haii warga blog sekalian. bertemu lagi kita pada entri kali ini. Hari ini aku nak kongsikan serba sedikit tentang pembikinan video one shot. Video One Shot terdiri daripada One Shot One Layer, One Shot Two layer dan One Shot Three Layer. One Shot One Layer -Pembikinan shot ini mestilah berlaku dengan satu pergerakan sahaja. Mimik muka dibuat berdasarkan lagu yang dinyanyikan. Shot ini tidak memerlukan sebarang pergerakan lain. One Shot Two Layer -Pembikinan shot ini memerlukan pergerakan dua objek. Secara mudahnya, penyanyi melakukan mimik muka mengikut lagu (Layer pertama) dan  pelakon melakonkan aksi seperti yang dinyanyikan oleh penyanyi (Layer kedua) One Shot Three Layer -Pembikinan shot ini membolehkan pergerakan watak pelakon dan penyanyi secara serentak.Unsur alam semula jadi seperti angin tidak dikira sebagai layer. Pergerakan secara tidak sengaja, seperti orang sedang bermain bola boleh dimasukkan ke dalam shot jenis ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untu...

BBM3410/18: Papan Cerita

Selamat sejahtera, bertemu lagi kita... Hari ini, aku nak kongsikan kepada anda semua tentang papan cerita. Pada kali ini, kami secara berkumpulan telah diberi tugasan untuk membuat papan cerita. Papan cerita yang kami reka adalah dengan membuat e-majalah mengenai produk perabot keluaran syarikat Nafi Studio iaitu kerusi. Pelbagai jenis kerusi yang dikeluarkan oleh syarikat kami. Berikut merupakan jenis-jenis kerusi yang dikeluarkan oleh syarikat kami: 1. Kerusi Gebulu 2. Kerusi Juling 3. Kerusi IQ bercabang 4. Kerusi Si Cilik 5. Kerusi Arikatun 6. Kerusi Melayang 7. Kerusi Goyang Berikut merupakan cara kerja kumpulan kami menyiapkan papan cerita bagi e majalah ini: 1) Pembahagian kertas. 2 orang ahli kumpulan perlu menyiapkan sehelai e majalah. Semua ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menyiapkan e majalah tersebut dengan membuat lakaran muka depan majalah, sidang pengarang, gambar-gambar produk, promosi jualan di bahagian akhir majalah. 2) Justifikasi Produk Set...

BBM3410/18: Asas Grafik

Salam sejatera... Pada hari ini aku nak buat nota pendek tentang Asas Grafik. Berikut merupakan penerangan ruingkas tentang prinsip-prinsip Asas Grafik: 1. Prinsip Mudah: Prinsip mudah merujuk kepada idea dan gambar yang ditunjukkan memudahkan audiens untuk memahami konsep tersebut dengan jelas dan mudah. 2. Prinsip Keseimbangan Keseimbangan merujuk kepada elemen grafik yang disusun atur secara seimbang antara kiri, kanan, atas dan bawah. Susunan elemen mestilah menampakkan pembahagian bebanan yang sama dari segi bentuk dan kedudukannya. 3. Prinsip Kesesuaian Prinsip ini mementingkan keseuaian dalam reka letak subjek, pemilihan jenis tipografi, penempatan teks serta penggunaan warna perlulah bersesuaian dengan imej grafik yang ingin disampaikan kepada audiens 4. Prinsip Warna Prinsip warna digunakan untuk menunjukkan penegasan terhadap visual-visul tertentu. 5. Prinsip teks Prinsip teks ini mementingkan jenis-jenis fon, pemilihan slogan yang sesuai, pembawakan tema dan...