Posts

BBM3410/18: Buku BOOM!

Image
Selamat bersua kembali para blogger sekalian. Penat aku marathon nak siapkan blog. Kering idea sebab otak dah tepu dan beku. Baru aku tahu betapa susahnya nak mengarang sebab kena perah idea. Ini penulisan santai-santai kira okaylah jugakkan. Kalau penulisan berbentuk ilmiah, lagi-lagi la kau kena betul-betul hadam dan fokus dengan perkara yang kau nak tulis tu. Takpelah, tak payah merepek lagi. Jom terus berjuang untuk tulis blog agar Kakak Syantik berjaya mencapai 24 post. Amin Amin! Haahahahahhaa.... Kali ni aku nak cerita tentang padah bagi sesiapa yang tak bawa buku BOOM waktu kelas Multimedia dengan Prof... Gambar buku BOOM ihsan daripada Twittter Awan Ganteng Sesiapa yang tak bawa buku BOOM masa kuliah hari Isnin lepas memang semput balik kolej sebab nak ambil dan tunjuk buku tu pada Prof. Haaaa! Siapa suruh kau tak bawa... Aku laah antara manusia yang tak bawa buku BOOM tu pergi kelas masa hari Isnin tu. Aku ingat selamat. Tapi jangkaan meleset disebabkan P...

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

Selamat sejahtera semua... Apa lagi cerita yang aku nak kongsikan pada hari ini?  Tapi yang paling seronok, semalam kelas amali dibatalkan. Apa lagi, seronok laaa kelas batal!  Boleh sambung tidur Siapa yang tak seronok kelas batal tu memang sejenis manusia yang pelik. Namun begitu... Jeng. Jeng. Jeng! Tugasan atas talian menanti. Jangan risau! Hahhahaaa. Prof bagitahu kelas online bermula pada pukul 12 dan arahan tugasan akan diberi melalui PutraBlast.  Pukul 11. 50 a.m, aku dah bersedia depan laptop dengan muka baru bangun tidur.. Hahhaha Risau sangat Prof bagi tugasan yang macam-macam!  Tunggu punya tunggu... Arahan dekat PutraBlast tidak muncul-muncul!  Pukul 12. 10 pun, arahan masih lagi tak muncul. Hahhahaa... Sekali Prof bagi arahan tugasan dalam whatsapp je.. Hahahaa. Prof memang kelakar... Hahahhaah Arahan tugasan Prof kali ini, lain macam sikit. Kami kena buat tutorial Photoshop buat kalendar meja da...

BBM3410/18: Lemak Manis

Image
Selamat pagi para blogger sekalian. Minggu ni blog pelajar BLM yang ambil subjek multimedia memang tak sempat nak berhabuk! Hahahhaaaa... Mana sempat berhabukkan sebabnya Prof bagi masa minggu ni je untuk kemaskini post-post dekat blog ni. Merana sangat ni Prof. Kami tak tahu nak tulis apa lagi. Aku pun tak tahu blog aku ni menarik ke tak dan aku aku harap sangat Prof tak tidur bila baca post-post dekat blog aku ni. Prof nanti kalau dah baca blog saya, Prof jangan lupa komen ye... Hehehehe. Haaaa... Pada entri kali ini, aku nak cerita tentang kejadian video 1 shot yang kumpulan kami kena buat semula tu. Bincang punya bincang... Kami bersetuju untuk pilih lagu Lemak Manis. Lagu ala-ala tradisional. Tukar selera katakan! Kami yang perempuan berkain batik, manakala yang lelaki pula selempang kain pelikat atas bahu. Aku rasa macan mak-mak dekat kampung bila pakai kain batik tu. Tapi yang paling kelakar, kami yang perempuan ni tak pandai berkain batik. Risau kain...

BBM3410/18: Kuliah 1 Shot Video 2 Layer

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sedar tak sedar, kita dah hujung-hujung waktu dah. Suasana kuliah takkan aku jumpa lagi. Boleh tak kalau jangan gerakkan masa lagi? Biar waktu kekal macam ni sebab lagi pantas waktu bergerak, lagi pantas waktu untuk berpisah dengan rakan-rakan sekuliah. Dah hujung-hujung ni jugalah kerja makin bertimbun dengan FYP yang hidup segan mati tak mahu. Tak nak lah aku cerita pasal FYP lagi... Sebab baru sekarang aku sedar dan menyesal kenapa aku tak siapkan sikit-sikit FYP aku dari awal. Hmmmmm, tak payah la kau nak menyesal sekarang. Kau memang puncakan Ain. Hahahaha... Jadinya, hari ini aku nak cerita pasal tugasan Prof yang seterusnya! Hmmmmm... Menarik bukan! Minggu ni Prof minta kami hasilkan video 1 shot 2 layer pula... Minggu sebelum cuti, kami dah buat video 1 shot yang Prof suruh buat balik tu. Kami REDHA Prof! Video 1 shot 2 layer tu macam mana ye??? Haaa... Nak bagitahu la ni. Video 1 shot 2 layer ni macam ada orang m...

BBM3410/18: 1 Shot Video Rejected!

Image
Apa cerita kali ni... Cerita sedih ke cerita gembira? Cerita REDHA ke tak Redha tetap kena redhakan jua! Tipu laaa kalau aku cakap tak sedih! Siapa yang tak sedih kalau kerja yang kita dah letak segala usaha dan tenaga kita tak diterimakan! Kalau ada yang cakap tak sedih, anda tergolong dalam hati batu... Aku yang golongan hati tisu ni memang mudah tersentuh dan cepat saja air mata membasahi pipi... Hahhahaha... Takde lah, aku acah je tu. Takdelah hati aku ni tisu sangatkan! Jarang-jarang kena keraskan juga sebab cabaran dan dugaan hidup sentiasa ada. Antara cepat dan lambat je datang cabaran tu menemui kita. Jadinya, apa-apa yang berlaku, maka bertabahlah untuk hadapinya. Apa yang aku nak cerita kali ini sebenarnya tentang tugasan 1 shot video daripada Kumpulan Nafi Studio. Tugasan 1 shot video kami tu, kami terpaksa buat balik sebab tidak menepati konsep 1 shot video dan  video kami memang salah la jawabnya! Kami seolah-olah membuat lakonan dalam video ters...

BBM3410/18: Sesungguhnya LIKE Prof itu amat Berharga

Image
Selamat petang buat rakan-rakan blogger Kakak Syantikk sekalian. Bersua lagi kita pada entri kali ini. Petang-petang hujan macam ni memang seronokkan! Cuaca macam ni membuatkan aku asyik nak lelap saja. Lagi-lagi katil pula melambai-lambai. Memang betul-betul menguji tahap keimanan aku! Haaa... Entri kali ini aku nak cerita pasal apa ye? Agak-agak aku ni dah rasa macam ketandusan idea pun ada.... Hahhahaah. Ada sesiapa rasa macam yang aku rasa tak? Haaa... Aku pasti anda semua pun mengalami nasib yang sama. Kali ini aku nak cerita tentang like Prof dekat Instagram lah. Like Prof dekat instagram bermakna Prof suka gambar tu dan hashtag juga mestilah kelakar. Dan jangan lupa kapsyen pun mestilah yang WOW sikit. Janganlah kapsyen tu macam lesu sangat. Tapi masalahnya, setakat mana sangatlah nak bubuh kapsyen yang wow dengan hashtag yang kelakar lagi! Aku bukan jenis yang reti buat benda-benda kelakar macam tu. Jenuh laa juga nak fikir kapsyen apa yang nak ditulis dekat ...

BBM3410/18: Prof Aku Masuk TV!

Image
Hai hai hai... Bertemu lagi kita di sini. Selamat sejahtera warga blogger sekalian. Penat betul menyiapkan penulisan blog. Aku rasa aku dah tulis banyak. Tapi masih banyak lagi yang nak kena tulis. Huhhhh... Mengeluh lagi! Prof cakap jangan mengeluh. Kalau mengeluh, kerja akan lagi bertambah. Jangan tambah kerja lagi Prof. Yang ada ni semput nak siapkan! Kali ni, aku nak bercerita tentang kuliah ganti pada hari Isnin selepas cuti midsem hari tu. Banyak betul cerita aku ni kan! Hahhahaha Sabar jap. Minggu ni je aku ada masa nak siapkan lagi lebih kurang 8 blog lagi. Lepasni, kita boleh rehat kejap. Kita bagi masa untuk Prof masukkan markah. Gigih tak gigih.. Kena gigihkan juga! Markah weii markah. Hhahhaaaa... Ni antara cerita yang sadis juga. Aku terjaga daripada lena yang indah tepat jam 9.45 pagi. Aku memang mengantuk teruk sebab baru sampai ke bumi UPM. Sampai je kolej, terus aku terlentok. Nasib baik tersedar juga walaupun lambat. Kalau tak, naya d...