Posts

BBM3410/18: Kalendar 2019

Saat yang paling ditunggu-tunggukan oleh semua orang. Aku yakin. Satu bebanan yang terpikul di atas kepala macam terlepas bila kalendar 2019 hasil usaha dan titik peluh kami membelek-belek potoshop akhhirnya dicetak. Terharu rasanya bila semua orang gembira tengok hasil kerja masing-masing. Semua cantik-cantik. Semua lawa-lawa. Tapi yang penting, Prof puji hasil kerja kami! Haa.. Nanti aku share laa gambar-gambar kalendar 2019 hasil air tangan aku ni. Okayy! Byeeee....

BBM3410/18: Facebook Pulak!

Salam sejahtera... Hari ini aku nak kongsi tentang tugasan di Facebook pulak. Sesi luahan perasaan di FB sempena tugasan terakhir kami. Aku terpaksa lap balik balik FB aku yang berhabuk , setelah sekian lama ditinggalkan. Haahahhaa... Prof cakap luah je nak luah pasal apa pon, tetapi berkait dengan kelas multimedia laaa...

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Selamat bertemu kembali. Hari ini aku nak kongsi tentang pembikinan video tanpa wajah. 1. Pemilihan lagu Kami telah memilih lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad untuk pembikinan video tanpa wajah kali ini. Kami memasukkan unsur patriotik ke dalam video tersebut. 2. Jalan Cerita Jalan cerita dimulakan dengan penanaman unsur patriotik dalam diri sejak kanak-kanak. Semangat patriotik ini telah membakar semangat diri untuk menjadi salah seorang anggota keselamatan negara dan akhirnya meraih kejayaan apabila berjaya diserap ke dalam PULAPOL untuk menjadi seorang anggota polis. 3. Pelakon Pada video kali ini, kami telah mengimport pelatih SUKSIS sesi 2018/19 bagi menunjukkan scene latihan yang diberi sepanjang berada di PULAPOL sehingga berjaya untuk menjadi anggota polis. Ahli kumpulan kami hanya memainkan watak zaman kanak-kanak seperti bermain permainan tradisional dan melukis bendera. Aspek yang dipentingkan dalam video tanpa wajah ialah video yang dibua...

BBM3410/18: Video One Shot

Haii warga blog sekalian. bertemu lagi kita pada entri kali ini. Hari ini aku nak kongsikan serba sedikit tentang pembikinan video one shot. Video One Shot terdiri daripada One Shot One Layer, One Shot Two layer dan One Shot Three Layer. One Shot One Layer -Pembikinan shot ini mestilah berlaku dengan satu pergerakan sahaja. Mimik muka dibuat berdasarkan lagu yang dinyanyikan. Shot ini tidak memerlukan sebarang pergerakan lain. One Shot Two Layer -Pembikinan shot ini memerlukan pergerakan dua objek. Secara mudahnya, penyanyi melakukan mimik muka mengikut lagu (Layer pertama) dan  pelakon melakonkan aksi seperti yang dinyanyikan oleh penyanyi (Layer kedua) One Shot Three Layer -Pembikinan shot ini membolehkan pergerakan watak pelakon dan penyanyi secara serentak.Unsur alam semula jadi seperti angin tidak dikira sebagai layer. Pergerakan secara tidak sengaja, seperti orang sedang bermain bola boleh dimasukkan ke dalam shot jenis ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untu...

BBM3410/18: Papan Cerita

Selamat sejahtera, bertemu lagi kita... Hari ini, aku nak kongsikan kepada anda semua tentang papan cerita. Pada kali ini, kami secara berkumpulan telah diberi tugasan untuk membuat papan cerita. Papan cerita yang kami reka adalah dengan membuat e-majalah mengenai produk perabot keluaran syarikat Nafi Studio iaitu kerusi. Pelbagai jenis kerusi yang dikeluarkan oleh syarikat kami. Berikut merupakan jenis-jenis kerusi yang dikeluarkan oleh syarikat kami: 1. Kerusi Gebulu 2. Kerusi Juling 3. Kerusi IQ bercabang 4. Kerusi Si Cilik 5. Kerusi Arikatun 6. Kerusi Melayang 7. Kerusi Goyang Berikut merupakan cara kerja kumpulan kami menyiapkan papan cerita bagi e majalah ini: 1) Pembahagian kertas. 2 orang ahli kumpulan perlu menyiapkan sehelai e majalah. Semua ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menyiapkan e majalah tersebut dengan membuat lakaran muka depan majalah, sidang pengarang, gambar-gambar produk, promosi jualan di bahagian akhir majalah. 2) Justifikasi Produk Set...

BBM3410/18: Asas Grafik

Salam sejatera... Pada hari ini aku nak buat nota pendek tentang Asas Grafik. Berikut merupakan penerangan ruingkas tentang prinsip-prinsip Asas Grafik: 1. Prinsip Mudah: Prinsip mudah merujuk kepada idea dan gambar yang ditunjukkan memudahkan audiens untuk memahami konsep tersebut dengan jelas dan mudah. 2. Prinsip Keseimbangan Keseimbangan merujuk kepada elemen grafik yang disusun atur secara seimbang antara kiri, kanan, atas dan bawah. Susunan elemen mestilah menampakkan pembahagian bebanan yang sama dari segi bentuk dan kedudukannya. 3. Prinsip Kesesuaian Prinsip ini mementingkan keseuaian dalam reka letak subjek, pemilihan jenis tipografi, penempatan teks serta penggunaan warna perlulah bersesuaian dengan imej grafik yang ingin disampaikan kepada audiens 4. Prinsip Warna Prinsip warna digunakan untuk menunjukkan penegasan terhadap visual-visul tertentu. 5. Prinsip teks Prinsip teks ini mementingkan jenis-jenis fon, pemilihan slogan yang sesuai, pembawakan tema dan...

BBM3410/18: Cuba Teka!

Image
Assalamualaikum dan selamat petang. Semoga warga blogger sekalian sihat sejahtera dan tidak jemu-jemu membaca blog Kakak Syantikk  yang tak berapa nak cantik ni. Hahahhaaaaa.... Apa lagi yang aku nak cerita pada entri kali ini??? Hmmmmm.... Akhirnya, aku temui juga entri blog yang ke-24. Betapa seksa jiwa dan raga nak siapkan blog ni. Bertatih sikit-sikit akhirnya aku temui juga penghujung untuk sementara waktu. Aku harap sangat lepas ni, Prof cakap penulisan blog dah berakhir! Dan aku tak payah nak tulis-tulis blog lagi. Moga-moga doaku ini termakbul. Heheheh... Aku dapat rasa rakan-rakan sekuliah juga merasa perkara yang sama... Untuk entri kali ini, aku nak kongsikan tugasa video 1 shot 2 layer! Tugasan kali ini, kami sekumpulan sebulat suara untuk memilih lagu 'Cuba Teka' nyanyian Tasha Manshahar dan Syed Syamin. Video kali ini kami bawakan konsep 3 pasangan yang sedang dilamun cinta dan sedang berbahagia... Hahahahah... Seronok kan! Kali ni aku jadi tu...

BBM3410/18: Buku BOOM!

Image
Selamat bersua kembali para blogger sekalian. Penat aku marathon nak siapkan blog. Kering idea sebab otak dah tepu dan beku. Baru aku tahu betapa susahnya nak mengarang sebab kena perah idea. Ini penulisan santai-santai kira okaylah jugakkan. Kalau penulisan berbentuk ilmiah, lagi-lagi la kau kena betul-betul hadam dan fokus dengan perkara yang kau nak tulis tu. Takpelah, tak payah merepek lagi. Jom terus berjuang untuk tulis blog agar Kakak Syantik berjaya mencapai 24 post. Amin Amin! Haahahahahhaa.... Kali ni aku nak cerita tentang padah bagi sesiapa yang tak bawa buku BOOM waktu kelas Multimedia dengan Prof... Gambar buku BOOM ihsan daripada Twittter Awan Ganteng Sesiapa yang tak bawa buku BOOM masa kuliah hari Isnin lepas memang semput balik kolej sebab nak ambil dan tunjuk buku tu pada Prof. Haaaa! Siapa suruh kau tak bawa... Aku laah antara manusia yang tak bawa buku BOOM tu pergi kelas masa hari Isnin tu. Aku ingat selamat. Tapi jangkaan meleset disebabkan P...

BBM3410/18: Jom Buat Tutorial Photoshop!

Selamat sejahtera semua... Apa lagi cerita yang aku nak kongsikan pada hari ini?  Tapi yang paling seronok, semalam kelas amali dibatalkan. Apa lagi, seronok laaa kelas batal!  Boleh sambung tidur Siapa yang tak seronok kelas batal tu memang sejenis manusia yang pelik. Namun begitu... Jeng. Jeng. Jeng! Tugasan atas talian menanti. Jangan risau! Hahhahaaa. Prof bagitahu kelas online bermula pada pukul 12 dan arahan tugasan akan diberi melalui PutraBlast.  Pukul 11. 50 a.m, aku dah bersedia depan laptop dengan muka baru bangun tidur.. Hahhaha Risau sangat Prof bagi tugasan yang macam-macam!  Tunggu punya tunggu... Arahan dekat PutraBlast tidak muncul-muncul!  Pukul 12. 10 pun, arahan masih lagi tak muncul. Hahhahaa... Sekali Prof bagi arahan tugasan dalam whatsapp je.. Hahahaa. Prof memang kelakar... Hahahhaah Arahan tugasan Prof kali ini, lain macam sikit. Kami kena buat tutorial Photoshop buat kalendar meja da...

BBM3410/18: Lemak Manis

Image
Selamat pagi para blogger sekalian. Minggu ni blog pelajar BLM yang ambil subjek multimedia memang tak sempat nak berhabuk! Hahahhaaaa... Mana sempat berhabukkan sebabnya Prof bagi masa minggu ni je untuk kemaskini post-post dekat blog ni. Merana sangat ni Prof. Kami tak tahu nak tulis apa lagi. Aku pun tak tahu blog aku ni menarik ke tak dan aku aku harap sangat Prof tak tidur bila baca post-post dekat blog aku ni. Prof nanti kalau dah baca blog saya, Prof jangan lupa komen ye... Hehehehe. Haaaa... Pada entri kali ini, aku nak cerita tentang kejadian video 1 shot yang kumpulan kami kena buat semula tu. Bincang punya bincang... Kami bersetuju untuk pilih lagu Lemak Manis. Lagu ala-ala tradisional. Tukar selera katakan! Kami yang perempuan berkain batik, manakala yang lelaki pula selempang kain pelikat atas bahu. Aku rasa macan mak-mak dekat kampung bila pakai kain batik tu. Tapi yang paling kelakar, kami yang perempuan ni tak pandai berkain batik. Risau kain...

BBM3410/18: Kuliah 1 Shot Video 2 Layer

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sedar tak sedar, kita dah hujung-hujung waktu dah. Suasana kuliah takkan aku jumpa lagi. Boleh tak kalau jangan gerakkan masa lagi? Biar waktu kekal macam ni sebab lagi pantas waktu bergerak, lagi pantas waktu untuk berpisah dengan rakan-rakan sekuliah. Dah hujung-hujung ni jugalah kerja makin bertimbun dengan FYP yang hidup segan mati tak mahu. Tak nak lah aku cerita pasal FYP lagi... Sebab baru sekarang aku sedar dan menyesal kenapa aku tak siapkan sikit-sikit FYP aku dari awal. Hmmmmm, tak payah la kau nak menyesal sekarang. Kau memang puncakan Ain. Hahahaha... Jadinya, hari ini aku nak cerita pasal tugasan Prof yang seterusnya! Hmmmmm... Menarik bukan! Minggu ni Prof minta kami hasilkan video 1 shot 2 layer pula... Minggu sebelum cuti, kami dah buat video 1 shot yang Prof suruh buat balik tu. Kami REDHA Prof! Video 1 shot 2 layer tu macam mana ye??? Haaa... Nak bagitahu la ni. Video 1 shot 2 layer ni macam ada orang m...

BBM3410/18: 1 Shot Video Rejected!

Image
Apa cerita kali ni... Cerita sedih ke cerita gembira? Cerita REDHA ke tak Redha tetap kena redhakan jua! Tipu laaa kalau aku cakap tak sedih! Siapa yang tak sedih kalau kerja yang kita dah letak segala usaha dan tenaga kita tak diterimakan! Kalau ada yang cakap tak sedih, anda tergolong dalam hati batu... Aku yang golongan hati tisu ni memang mudah tersentuh dan cepat saja air mata membasahi pipi... Hahhahaha... Takde lah, aku acah je tu. Takdelah hati aku ni tisu sangatkan! Jarang-jarang kena keraskan juga sebab cabaran dan dugaan hidup sentiasa ada. Antara cepat dan lambat je datang cabaran tu menemui kita. Jadinya, apa-apa yang berlaku, maka bertabahlah untuk hadapinya. Apa yang aku nak cerita kali ini sebenarnya tentang tugasan 1 shot video daripada Kumpulan Nafi Studio. Tugasan 1 shot video kami tu, kami terpaksa buat balik sebab tidak menepati konsep 1 shot video dan  video kami memang salah la jawabnya! Kami seolah-olah membuat lakonan dalam video ters...

BBM3410/18: Sesungguhnya LIKE Prof itu amat Berharga

Image
Selamat petang buat rakan-rakan blogger Kakak Syantikk sekalian. Bersua lagi kita pada entri kali ini. Petang-petang hujan macam ni memang seronokkan! Cuaca macam ni membuatkan aku asyik nak lelap saja. Lagi-lagi katil pula melambai-lambai. Memang betul-betul menguji tahap keimanan aku! Haaa... Entri kali ini aku nak cerita pasal apa ye? Agak-agak aku ni dah rasa macam ketandusan idea pun ada.... Hahhahaah. Ada sesiapa rasa macam yang aku rasa tak? Haaa... Aku pasti anda semua pun mengalami nasib yang sama. Kali ini aku nak cerita tentang like Prof dekat Instagram lah. Like Prof dekat instagram bermakna Prof suka gambar tu dan hashtag juga mestilah kelakar. Dan jangan lupa kapsyen pun mestilah yang WOW sikit. Janganlah kapsyen tu macam lesu sangat. Tapi masalahnya, setakat mana sangatlah nak bubuh kapsyen yang wow dengan hashtag yang kelakar lagi! Aku bukan jenis yang reti buat benda-benda kelakar macam tu. Jenuh laa juga nak fikir kapsyen apa yang nak ditulis dekat ...

BBM3410/18: Prof Aku Masuk TV!

Image
Hai hai hai... Bertemu lagi kita di sini. Selamat sejahtera warga blogger sekalian. Penat betul menyiapkan penulisan blog. Aku rasa aku dah tulis banyak. Tapi masih banyak lagi yang nak kena tulis. Huhhhh... Mengeluh lagi! Prof cakap jangan mengeluh. Kalau mengeluh, kerja akan lagi bertambah. Jangan tambah kerja lagi Prof. Yang ada ni semput nak siapkan! Kali ni, aku nak bercerita tentang kuliah ganti pada hari Isnin selepas cuti midsem hari tu. Banyak betul cerita aku ni kan! Hahhahaha Sabar jap. Minggu ni je aku ada masa nak siapkan lagi lebih kurang 8 blog lagi. Lepasni, kita boleh rehat kejap. Kita bagi masa untuk Prof masukkan markah. Gigih tak gigih.. Kena gigihkan juga! Markah weii markah. Hhahhaaaa... Ni antara cerita yang sadis juga. Aku terjaga daripada lena yang indah tepat jam 9.45 pagi. Aku memang mengantuk teruk sebab baru sampai ke bumi UPM. Sampai je kolej, terus aku terlentok. Nasib baik tersedar juga walaupun lambat. Kalau tak, naya d...

BBM3410/18: #SayaMohonIsninKuliahOnline

Image
Selamat sejahtera warga blogger sekalian. Semoga anda semua sihat semuanya. Pada entri kali ini, aku nak cerita tentang di sebalik kisah kuliah ganti secara atas talian pada hari Isnin selepas cuti midsem. Macam biasa lah. Prof buat kejutan lagi! Nasib baik je aku terbuka whatsapp pagi hari Selasa. Elok-elok je baru jejak kaki dekat rumah dah ada tugasan adhoc daripada Prof. Sebenarnya, aku baru sampai rumah pagi Selasa dari UPM. Lepas siap solat subuh, aku terus lena sampai pukul 10 pagi. Hahahhaha... Mengantuk teruk! Kalau dekat rumah, aku jarang buka telefon ni. Dah siap kerja dekat dapur, baru aku menggagau cari telefon. Nak dijadikan cerita, buka je mata pada pagi hari Selasa tu, aku terasa nak buka telefon. Sekali tengok whatsapp, ahli group Linguistik Melayu sedang aktif. Notification masuk bertalu-talu. Nak diringkaskan cerita, memang betullah ada tugasan adhoc daripada Prof. Tugasan macam biasa la, tangkap gambar gaya tangan OK dan post dekat Instagram disert...

BBM3410/18: Alkisah Cerita 10 Keping Gambar

Image
Bertemu lagi kita pada entri kali ini. Nampak sangat gigih nak cukupkan sebanyak 24 post dekat blog ni kan!  Aku rasa rakan-rakan sekuliah yang lain turut mengalami situasi yang sama.  Dengan kesibukan tugasan-tugasan lain serta kegigihan menyiapkan FYP, blog, instagram dan twitter jangan dilupakan ye kawan-kawan. Akulah antara contoh pelajar yang tak update blog setiap minggu. Haaaa... Sekarang baru merana hidup nak siapkan jumlah 24 post dekat blog. Tapi apakan daya, buatlah juga demi markah yang sangat berharga daripada Prof tercinta! Aku sebenarnya dah tak tahu nak merepek apa lagi untuk post kali ini.  Fikir punya fikir...  Aku rasa nak bercerita tentang tugasan midsem iaitu kami perlu  post 10 keping gambar dekat laman instagram dengan hashtag yang berjela- jela macam yang selalu kami buat tu.... Hahahahaha Punya laa seksa untuk post 10 keping gambar tu. Ya Allah, Tuhan je tahu!  Banyak betul nak habiskan 10 kepi...

BBM3410/18: Tak Pandai Main Twitter!

Image
Selamat sejahtera... Bertemu lagi pada entri kali ini. Kali ni aku nak cerita pasal Twitter yang tak berapa nak twitter. Aku tak reti laa main twitter. Ni semua sebab tugasan Multimedia. Prof ni macam-macam. Haahaaaa. Berani kau tak buat, beranilah kau tanggung kepiluan hilang markah macam tu je. Jadinya, terpaksalah REDHA dengan apa yang Prof suruh buat. Ikut saja dan jangan banyak tanya. Haaaa... Gituuuu! Tiap kali bukak Twitter ni, tiap kali laaa jugak aku fikir apa yang nak ditweetkan. Apatah lagi nak retweet orang lain punya tweet. Sejak dari hari aku install twitter tu, boleh kira pakai jari lah berapa kali sahaja aku tweet. Aku rasa baru dua tweet yang aku post. Hahahahha... Nak cerita retweet pula, memang takde laa aku punya retweet! Sadis sangat kisahnya. Haaa... Prof pulak suruh screenshot gambar kita punya tweet dan retweet dan lepastu post dekat blog! Jadi, persoalannya sekarang, apa yang aku nak post dekat blog nanti sedangkan tweet dan retweet aku pon t...

BBM3410/18: Cuti Midsem Dah Berlalu Pergi!

Image
Selamat petang semua... Semoga sihat-sihat semua. Nak tulis apa petang-petang ni?? Heheeh.. Kakak Syantik nak cerita aktiviti-aktiviti masa cuti midsem yang lepas. Macam biasalah cuti midsem Kakak Sayntik dihabiskan dekat rumah je. Jadi pemandu tegar Mek Kakak Syantik tersayang. Heheeee.. Jadi pemandu Mek pegi pasar cari lauk untuk buat stok dapur. Haaaaa.. macam biasa, kalau balik rumah tu meja makan merupakan destinasi utama. Kalau boleh, nak tidur pon dekat dapur je.. Haaahahah Cerita pasal makanan memang tak habis lah kan. Dari pagi, tengah hari dan malam tu, masa memang dihabiskan dekat dapur je. Macam-macam jenis masakan, macam-macam jenis kuih yang dimasak dan dimakan. Hahahahahha Tapi macam biasa laaa.. Mek yang masakkan semua. Cakap je nak makan apa, pasti akan terhidang. Ehhhhh! Jangan risau... Kakak Syantikk tolong jugak tau! Bukan tahu makan saja je.. Heheheheh. Anak-anak buah yang ramai pula memeriahkan suasana rumah Kakak Syantikk. Seronok tengok gelagat d...

BBM3410/18: Rabak Mata Belajar Adobe Photoshop

Image
Selamat sejahtera warga blogger sekalian. Semoga sihat semuanya. Kali ini kita marathon siapkan penulisan blog. Bukan apa, blog dah berhabuk katakann! Haaahaaa.. Kali ini Kakak Syantik nak cerita pasal apa pulak ye? Banyak je nak cerita, tapi macam biasa lah kan.. Pemalas nak tulis. Kakak Syantikk suka bercakap je sebenarnya! Haaaaa.. entri kali ini Kakak Syantikk nak cerita pasal tugasan Adobe Photoshop pulak. Macam-macam kan tugasan kelas multimedia ni. Memang banyak pon. Langsung tak tipu! Masa kelas amali kami diberi tugasan untuk membuat kalendar meja tahun 2019 mengggunakan Adobe Photoshop. Pernah lah jugak dengar pasal photoshope ni.Seronok tengok orang buat. Bila batang hidung sendiri kena buat, mahu tak menangis nak belajar photoshop ni. Nak tahu cerita tak??? Sebenarnya aku ada pengalaman guna photoshope masa Tingkatan 6 dulu. Budak seni katakan! Hahahhaha.. Tapi belajar sebab nak siapkan tugasan je kan. Lepastu aku tinggalkan ilmu photoshope lepas siapkan tug...

BBM3410/18: Bersimpulan Bahasa Ke Kita?

Image
Bersua kembali dalam entri kali ini. Haaa.. pada hari ini, Kakak Syantikk nak cerita tugasan simpulan bahasa yang perlu dilakukukan dalam kuliah Multimedia kali ini. Macam biasa, kuliah kami bukan biasa-biasa! Kami ditugaskan untuk mencari 10 simpulan bahasa dan gambarkan makna simpulan bahasa tersebut. Setiap simpulan bahasa yang dipilih mestilah berbeza daripada ahli kumpulan yang lain. Macam biasa lah... berkicap ketiak nak cari 10 simpulan bahasa yang berbeza sebab kami kena berebut-rebut simpulan bahasa dengan ahli kumpulan yang lain. Selesai pemilihan 10 simpulan bahasa, kami kena gambarkan maksud peribahasa yang dipilih pulak. Haahaaaa.. Ini bukan biasa-biasa. Nak lakonkan aksi untuk menggambarkan maksud simpulan bahasa tu. Macam-maacam gaya dan aksi lah kan kami berkumpulan menyiapkan tugasan kali ini. Tapi yang pelik dan kelakarnya, dah siap semua... Baru kami perasan, semua simpulan bahasa yang dipilih dalam kumpulan kami agak-agak gedik sikit. Haahahaaa.. Conto...